• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT TERNAKAN

ZAKAT TERNAKAN

PERGERTIAN

Zakat binatang ternakan ialah zakat yang diwajibkan ke atas binatang-binatang yang dipelihara iaitu lembu, kerbau, kambing, biri-biri, kibas dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

BINATANG TERNAKAN YANG WAJIB ZAKAT

Binatang ternakan yang wajib dikenakan zakat ialah:
• Lembu (termasuk kerbau).
• Kambing (termasuk biri-biri) dan kibas.
• Unta

KAEDAH PENGELUARAN ZAKAT LEMBU/KERBAU

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
• Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur dua tahun
• Jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada mahu mengeluarkan zakat lembu/kerbau. Pilihlah yang sederhana atau boleh diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.


KAEDAH PENGELUARAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
• Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan satu ekor kambing dua tahun dan seterusnya.
• Jika semua kambing yang sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
• Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakat mengikut pilihan tuannya sama ada kambing/biri-biri atau diganti dengan nilai harga bagi ternakan berkenaan untuk dikeluarkan zakat.


Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami