• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

  • Zakat yang diwajibkan ke atas aset perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, carigali, peruncitan, perdagangan import/eksport perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, perbankan kewangan dan sebagainya.

    Perniagaan tersebut sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan pelbagai bentuk syarikat, koperasi dan sebagainya. Perniagaan tersebut merangkumi pemilikan swasta atau kerajaan.

  • Syarat umum wajib zakat ada lima iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Namun dalam satu-satu jenis zakat kadangkala terdapat syarat wajib ditambah dan begitu juga dengan zakat perniagaan. Oleh itu seorang peniaga diwajibkan membayar zakat perniagaan apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
    1-Islam
    2-Merdeka
    3-Modal perniagaan yang halal dan begitu juga aktivitinya
    4-Genap haul yang dikira dari tarikh perniagaan dimulakan hingga genap setahun perniagaan
    5-Cukup nisab pada akhir haul (tahun)
    6-Menjalankan perniagaan
    7-Milik sempurna dan boleh melakukan tasarruf[1]
    8-Niat (bermaksud) untuk berniaga

  • Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Surah al-Baqarah ayat 267)

    Hadis Nabi S.A.W. sebagaimana dinyatakan oleh Samurah R.A. yang bermaksud:
    “Maka sesungguhnya, Rasulullah S.A.W. menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta yang kami sediakan untuk dijual…” (Riwayat Abu Daud)

  • Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
    “Dan tidak boleh dicampur ternakan yang telah terpisah. Begitu juga tidak boleh dipisah-pisahkan ternakan yang telah bercampur disebabkan takut mengeluarkan zakat. Adapun bagi dua orang yang bercampur ternakannya, hendaklah di selesaikan (zakat) berdasarkan nisbah. (Riwayat al-Bukhari)

    Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orang Islam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Terdapat pelbagai jenis pemilikan perniagaan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan iaitu:
    1-Perniagaan persendirian (tunggal)
    2-Perniagaan secara perkongsian
    3-Perniagaan syarikat
    4-Koperasi

  • Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

    1. Kaedah Modal Berkembang (Growth Capital)
    Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan.Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa + /- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

    2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)
    Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah atau membuat tolakan.Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

  • Harus kedua-duanya. Tetapi digalakkan menggunakan mata wang. Ini adalah berdasarkan Riwayat Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. berkata kepada al-Hammas yang bermaksud:
    “Keluarkanlah zakat hartamu.”
    Hammas menjawab : Aku hanya memiliki beberapa guni kulit.”
    Baginda menjawab: “Kirakan nilainya kemudian keluarkanlah zakat (dari barangan tersebut). Zakat juga harus dikeluarkan dalam bentuk barangan (mata benda) dari jenis harta yang diperniagakan.” (Riwayat Imam Ahmad)

  • Zakat telah ditentukan kewajipannya oleh Allah S.W.T. sedangkan cukai ditentukan oleh pemerintah (kerajaan).

  • Asas zakat perniagaan bukan atas keuntungan (jualan tolak kos belian) tetapi ialah nilai barang perniagaan pada hujung haul perniagaan. Ini berdasarkan mafhum sebuah hadis iaitu :
    Daripada Samurah bin Jundub : “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual.” (Riwayat Abu Daud dan Daruqutni)

  • Wajib, ini kerana “kerugian” adalah satu situasi dalam perniagaan atau sebarang usaha ekonomi dimana pulangan yang diterima adalah kurang daripada kos (kewangan dan masa) yang dilaburkan. Akan tetapi secara umum fiqh zakat tidak hanya memandang kepada keuntungan atau kerugian sebagai asas, tetapi turut melihat kepada nilai harta perniagaan seseorang pada masa hujung haul.

    Contohnya Pak Abu memiliki harta perniagaan bernilai RM50,000 namun mengalami kerugian RM10,000 dalam satu urusniaga sebab beliau ditipu. Pada hujung haul, nilai harta perniagaan beliau adalah RM35,000 (melebihi nisab). Oleh itu kiraan zakat perniagaan beliau adalah RM 35,000 darab 2.5%.

    Dalam contoh yang lain, katakan seorang petani memiliki beberapa bidang sawah padi yang hampir masak. Menurut kebiasaan, dia boleh mendapatkan hasil tuaian padi sekitar 10 tan daripada tanah sawahnya. Tetapi pada musim menuai ini, berlaku banjir yang menggelamkan separuh daripada tanah sawahnya. Oleh itu pada musim ini, petani tersebut hanya mendapat hasil sebanyak 4 tan sahaja, dimana beliau kerugian sekitar 6 tan hasil padi yang sudah hampir masak. Akan tetapi petani tersebut tetap wajib menunaikan zakat padi kerana hasil tuaiannya melebihi nisab zakat padi iaitu 1.306 tan.

    Walaubagaimanapun,jika perniagaan sesorang itu mendapat keuntungan pada tahun itu tetapi disebabkan harta perniagaan itu tidak mencapai nisab maka tidak diwajibkan zakat.

    Dalil dan hujah mengeluarkan zakat perniagaan adalah seperti berikut :

    i. Al Quran
    Firman Allah SWT :
    Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Surah al-Baqarah ayat 267)

    ii. Hadis
    Daripada Samurah bin Jundub :
    Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual”

    iii. Athar
    Daripada Abu‘Amru ibn Hammas daripada bapanya, ia berkata:
    “Dia menjual kulit dan bekas panah dari kulit. Kemudian Umar ibn al-Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Apakah engkau keluarkan zakat hartamu?” Aku menjawab: “Ya Amirul Mukminin,sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “Taksirlah kemudian keluarkan zakatnya”

  • Zakat pendapatan terbahagi kepada empat dan berikut merupakan pengertian zakat pendapatan (Al Mal Al Mustafad)

    i. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja
    Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.”
    Contoh :
    (a) Gaji
    (b) Upah
    (c) Bonus
    (d) Tuntutan Kerja Lebih Masa
    (e) Gratuiti
    (f) Pampasan
    (g) Pencen
    (h) Hadiah, anugerah & insentif
    (i) ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
    (j) Apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.

    Walau bagaimanapun, pendapatan dari sumber-sumber berikut tidak perlu dizakat kerana ianya tidak termasuk di dalam kategori pendapatan. Sebaliknya ia diperolehi sebagai ganti pendahuluan kos yang terpaksa ditanggung oleh individu dalam menjalankan tugas atau kerja yang dilakukan. Pendahuluan tersebut dibayar menggunakan gaji pekerja yang telah dibayar zakat. Sekiranya diwajibkan zakat, maka akan berlaku zakat sebanyak 2 kali.
    Contoh :
    (a) Tuntutan Lojing
    (b) Tuntutan Ke Luar Negara
    (c) Tuntutan Keraian
    (d) Tuntutan Perbatuan
    (e) Tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan pekerjaan

    ii. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan
    Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau institusi dalam tahun semasa ”
    Contoh :
    (a) Hibah
    (b) Hadiah
    (c) Saguhati
    (d) Pencen Pasangan
    (e) Sedekah
    (f) Pampasan
    (g) Harta Pusaka
    (h) Harta Wasiat
    (i) Mahar Perkahwinan

    Dalam kes penerimaan harta pusaka / wasiat, ianya dikenakan zakat apabila harta tersebut dalam bentuk tunai dan seumpamanya.Manakala penerimaan harta pusaka dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) atau harta yang tiada zakat pada ‘ainnya, maka tidak perlu dikenakan zakat.

    iii.Zakat Harta Hasil Kerja Bebas
    Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.
    Contoh :
    (a) Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
    (a1) Bayaran kepada peguam atas khidmat guaman yang diberikan.
    (a2) Bayaran kepada arkitek atas khidmat yang diberikan.
    (a3) Bayaran kepada doktor klinik swasta atas rawatan yang diberikan.
    (b) Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.
    (c) Keuntungan projek bermusim.
    (d) Komisyen dan Residual income – pendapatan dari jualan insuran, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
    (e) Bayaran royalti atau komisen yang diterima daripada hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

    iv. Zakat Hasil Harta Mustaghallat
    Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
    Contoh :
    (a) Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan dan sebagainya.
    (b) Hasil sewaan kenderaan atau pengangkutan.
    (c) Hasil sewaan peralatan, aset atau sebagainya.
    (d) Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

  • Zakat Pendapatan wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:
    1. Islam
    2. Pemilikan sempurna
    3. Harta yang berkembang
    4. Cukup nisab
    5. Cukup Haul
    6. Melebihi Keperluan Asasi

    Walaubagaimanapun haul tidak disyaratkan ke atas al-Mal al-Mustafad. Athar sahabat dan tabi’in(Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, dan Umar bin Abdul Aziz) :
    Maksudnya :“Seseorang yang memperolehi al-Mal al-Mustafad wajib zakat semasa diperolehi.”

  • Kadar zakat adalah sebanyak 2.5% berasaskan tahun Qomariah dan 2.577% berasaskan tahun Masihi.

  • Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang.

    Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud)

  • Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
    1. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau
    2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.

  • Penentuan had kifayah yang dibernarkan telahpun mengambil kira keperluan asasi seperti makanan, pakaian, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan alat keperluan/sokongan pekerjaan.

  • Di peringkat kebangsaan, zakat pendapatan telah diputuskan sebagai suatu kewajipan tetapi perlaksanaannya berbeza mengikut pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kerana zakat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

  • Ya, zakat wajib dikeluarkan ke atasnya setelah menolak kos-kos pada tahun semasa dan dikira sebagai hasil mustaghallat dalam kiraan zakat pendapatan.

  • Harus membayar zakat secara ansuran dalam masa satu haul. Jika melebihi haul ia dianggap qada’ namun sekiranya berkemampuan wajib disegerakan pembayaran zakat.

  • Ya, zakat pendapatan adalah wajib.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : Ayat 267)

    Daripada Abu Musa Asyaa`ri R.A : Nabi SAW bersabda “Setiap orang Islam diwajibkan zakat, mereka berkata kepada Rasulullah : Wahai Nabi Allah, kalau kami tidak memiliki harta, bagaimana? Jawab baginda: Berusahalah kamu dengan sepenuh tenaga bagi menyara diri kemudian bayarlah zakat. Mereka berkata lagi : usaha kami tidak berhasil? Jawab baginda: Berilah pertolongan kepada orang yang berhajat. Mereka berkata lagi : Kalau kami tidak berupaya? Sabda baginda: bergiatlah dalam perkara ma’ruf mencegah terjadinya keburukan. Sesungguhnya pekerjaan itu bagi kamu adalah sadaqah (zakat).” (Riwayat Bukhari)

  • Ya, perhiasan emas dan perak wajib dizakatkan sekiranya cukup syarat. Bagi perhiasan emas wanita, kewajiban zakat hanya dikenakan sekiranya melebihi uruf (adat pemakaian setempat). Ini adalah berdasarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    “…dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Taubah: ayat 34-35)

    Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud: “Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.” (Riwayat Muslim)

  • Ya, barang kemas yang dipakai tidak melebihi 800 gram (uruf). Namun lebihan daripada uruf hendaklah dizakatkan.

  • Nisab zakat emas ialah 85 gram. Ulama’ sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, wajib dikenakan zakat. Kadar zakat emas ialah rubu’ al-‘usyur iaitu satu perempat puluh atau dua setengah peratus (1/40 atau 2.5%).

  • Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat dan hendaklah digabung dengan harta lain yang berasaskan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan.

  • Wajib. Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

    Kaedah kiraan zakat = [ (Berat emas gadaian/cagaran x harga semasa) – nilai pinjaman – upah simpan ] x 2.5%

  • Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham (595 gram).

  • • Zakat emas perhiasan
    • Zakat emas bukan perhiasan
    • Emas yang digadaikan
    • Zakat PerakKaedah pengiraan adalah seperti berikut :
    1.Zakat emas perhiasan:Wajib ke atas lebihan daripada uruf (uruf semasa ialah 800 gram).Kaedah pengiraannya adalah:
    [(Berat emas –berat uruf x harga semasa)] x 2.5% = Jumlah zakat
    Contoh:
    Berat emas yang dimiliki : 900 gram
    Uruf : 800 gram
    Harga emas semasa/gram (30 April 2013) : RM 144.38
    (900 – 800) gram x RM144.38 = RM14,438.00 x 2.5% = RM360.95

    2.Kaedah pengiraan zakat emas bukan perhiasan: Zakat emas bukan perhiasan hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan emas yang disimpan adalah sama atau melebihi nisab (≥85 gram).Kaedah pengiraannya adalah:
    Berat emas x harga semasa emas x 2.5% = Jumlah Zakat
    Contoh:
    Berat emas yang dimiliki : 50 gram syiling emas dan 50 gram sijil pelaburan emas di institusi perbankan / pelaburan Islam.
    Harga emas semasa/gram (30 April 2013) : RM 144.38
    100 gram x RM144.38 = RM14,438.00 x 2.5% = RM360.95

    3.Kaedah pengiraan zakat emas bercagar. Wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.[(Timbangan emas x harga semasa) – nilai pinjaman – upah simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat.
    [(200 gram x RM144.38 = RM28 876 )] – RM 10,000 – RM 76 ] x 2.5% =RM 470.

    4.Kaedah pengiraan zakat perak. Bagi logam perak (sama ada yang dipakai atau disimpan), zakat hanya wajib dikenakan sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi (>595 gram).Kaedah pengiraannya ialah:
    Berat perak x harga semasa perak x 2.5% = Jumlah Zakat
    Berat perak : 600 gram
    Harga semasa perak (30 April 2013) : RM2.45.
    600 gram x RM2.45 = RM1,470.00 x 2.5% = RM36.75.

  • Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya difaraidkan.

  • Ya, emas perhiasan yang disimpan wajib dikeluarkan zakat dan hendaklah digabungkan dengan harta lain berdasarkan nisab emas seperti simpanan dan pelaburan. Sekiranya gabungan ini melebihi nisab barulah dikenakan zakat.

  • Ya, wajib orang lelaki yang memakai itu mengeluarkan zakat jika mencukupi syarat iaitu melebihi berat 85gram dan cukup haul. Walaubagaimanapun haram bagi lelaki memakai perhiasan emas.

  • Ia wajib dikenakan zakat iaitu zakat emas bukan perhiasan wanita.

  • Wang simpanan di dalam koperasi merupakan wang pelaburan (saham) dan diwajibkan zakat ke atasnya kecuali koperasi tersebut telah membayar zakat saham untuk ahli-ahlinya. Manakala saham koperasi dikira berdasarkan modal yang dicampurkan dengan dividen/ pulangan hujung haul.

  • Wang yang didapati daripada pembiayaan secara syarak untuk membeli mana-mana saham dikenakan zakat ke atas pokok/modal asal dan pendapatan pelaburan yang diperolehi dan hendaklah digabungkan dengan harta lain berasaskan nisab emas bagi tujuan kiraan zakat.

  • “Kerugian” adalah satu situasi dalam perniagaan atau sebarang usaha ekonomi dimana pulangan yang diterima adalah kurang daripada kos (kewangan dan masa) yang dilaburkan. Akan tetapi secara umum fiqh zakat tidak hanya memandang kepada keuntungan atau kerugian sebagai asas, tetapi turut melihat kepada nilai kekayaan seseorang pada masa hujung haul.

    Seseorang pelabur mungkin mengalami kerugian dimana nilai pelaburannya sejumlah RM2 juta diawal haul telah berkurang kepada RM1 juta pada hujung haul. Namun hakikatnya pelabur tersebut memliki kekayaan “cair” seperti dinar / dirham / matawang yang boleh dibelanjakan sesuka hati (milk tasarruf) pada bila-bila masa dalam sebarang nisbah yang disukainya. Kekayaan bersifat hampir seperti matawang / ‘arud tijarah ini adalah jauh lebih tinggi daripada nlai nisab 85gram emas (RM 14,065 pada 2013).

    Jika dibandingkan dengan zakat ternakan (seperti kambing dan unta yang dizakat secara ittifaq),apa yang dizakati adalah nilai kambing atau unta dihujung haul. Jika sebahagian kambing mengalami penyakit lalu mati, tetapi dihujung haul penternak masih memiliki 100 ekor kambing, selepas kematian 20 ekor dipertengahan haul, kambing yang ada tetap dizakatkan kerana bilangan 100 ekor tersebut telah melebihi nisab kambing iaitu 40 ekor kambing).

    Contoh lain pula, katakan seorang petani memiliki beberapa bidang sawah padi yang hampir masak. Menurut kebiasaan, dia boleh mendapatkan hasil tuaian padi sekitar 10 tan daripada tanah sawahnya. Tetapi pada musim menuai ini, berlaku banjir yang menggelamkan separuh daripada tanah sawahnya. Oleh itu pada musim ini, petani tersebut hanya mendapat hasil sebanyak 4 tan sahaja, dimana beliau kerugian sekitar 6 tan hasil padi yang sudah hampir masak. Akan tetapi petani tersebut tetap wajib menunaikan zakat padi kerana hasil tuaiannya melebihi nisab zakat padi iaitu 1.306 tan.

  • Jumhur fuqaha masakini menetapkan bahawa saham atau pelaburan aktif adalah dizakatkan atas asas ‘arud tijarah manakala saham atau pelaburan pasif dizakatkan atas asas mustaghallat.

    Walaubagaimanapun, LZS menggunakan pandangan yang bukan jumhur dalam isu saham yang disimpan untuk mendapat dividen sahaja iaitu tetap dizakatkan sebagai ‘arud tijarah. Pandangan sebahagian fuqaha semasa yang digunapakai oleh LZS ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bahawa pelaburan aktif atau pasif adalah dizakatkan atas ‘illah ‘arud tijarah iaitu zakat atas kedua-dua nilai pokok dan pulangan.

    Antara fuqaha semasa yang berpandangan saham disimpan dizakatkan atas asas ‘arud tijarah adalah Muhammad Abu Zahrah, Abdul Wahhab Khallaf, Abdul Rahman Hasan (rujuk Fiqh Zakat Qaradawi), Dr Abdullah Ibrahim, Prof. Dr. Ali Jum’ah, Shaikh ‘Atiyyah Saqar, Prof Abdul Azim Islahi dan Dr Mohammed Obaidullah.

  • Pelaburan adalah harta moden yang tidak ada pada zaman awal Islam. Namun ia tetap dizakatkan selaras dengan pandangan jumhur fuqaha masakini yang menetapkan hukum ‘arud tijarah (barang dagangan) atau mustaghallat (harta yang tiada zakat pada ‘ain tetapi memberikan hasil pulangan yang wajib zakat).

    Dalil Al Quran dan As-Sunnah hanya menyebutkan ladang, kebun, binatang ternakan seperti kuda, kambing dan unta sebagai harta kerana itulah harta-harta yang berharga pada masa tersebut. Tetapi zakat bukan hanya tertakluk kepada harta-harta yang disebut dalam Al Quran dan As-Sunnah sahaja. Hukum zakat keatas pelbagai bentuk harta masakini adalah bergantung kepada kaedah qias. Jika sesuatu sesuatu bentuk harta moden menyamai ‘illah kewajiban zakat atas harta-harta yang diwajibkan zakat melalui dalil Al Quran dan As-Sunnah, maka harta moden tersebut akan dizakatkan dan menggunapakai hukum (nisab, kadar & syarat2 lain) harta asal yang dizakatkan.

    Sebagai contoh, walaupun matawang kertas sekarang merupakan fiat money yang tidak wujud dizaman Rasulullah dan fuqaha silam, namun fungsi fiat money sekarang menyamai kegunaan dan fungsi matawang dinar dan dirham pada zaman awal Islam. Oleh itu matawang kertas sekarang tetap dizakatkan mengikut hukum zakat atas matawang dinar dan dirham yang asal iaitu sebagai intrinsic money. Pada zaman Rasulullah s.a.w, unta dan kambing merupakan komoditi bernilai yang boleh dibelanjakan, tetapi pada zaman ini, pelaburan dipasaran modal juga merupakan komoditi bernilai yang boleh dibelanjakan (tasarruf) dalam nisbah tertentu dan spesifik pada bila-bila masa.

  • Pelaburan pasaran modal merupakan satu bentuk kekayaan masakini. Ianya boleh dimiliki samada melalui wang milik sendiri ataupun melalui wang yang dipinjam.

    Bagi pelaburan yang dibeli melalui wang pinjaman, nilai bayaran semula pinjaman untuk sepanjang haul taksiran boleh ditolak daripada nilai pelaburan dihujung haul. Contoh pelaburan saham Syarikat XYZ Berhad bernilai RM250 ribu pada hujung haul 2012. Jumlah bayaran balik pinjaman sepanjang haul 2012 adalah RM70 ribu dan baki hutang RM80 ribu akan dibayar pada sepanjang tahun 2013 hingga 2014. Oleh itu kiraan zakat pada hujung haul 2012 adalah :-

    RM250 ribu – RM 70 ribu = RM 180 ribu kemudian darab 2.5%, jadi zakat pelaburan = RM 4,500.

    Hanya bayaran balik hutang untuk tahun taksiran sahaja yang boleh ditolak daripada harta zakat pada hujung haul. Hutang yang perlu dibayar pada haul-haul yang mendatang tidak boleh ditolak daripada harta kena zakat tahun semasa1.

    Pendapat yang rajih dalam mazhab Shafii adalah hutang tidak menghalang atau menggugurkan kewajiban berzakat atau mengurangkan nisab zakat, samada hutang itu tunai atau tertangguh, atau daripada jenis harta yang berada ditangan penghutang atau tidak.

  • Ya, hutang wajib dizakatkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

  • Hutang yang tertunggak dan perlu dibayar segera pada tarikh haul.

  • Orang tua, OKU dan ibu tunggal bukan ciri-ciri penerima zakat, sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka layak menerima zakat jika sekiranya tergolong sebagai fakir atau miskin. Akan tetapi jika mereka mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai waris/keluarga yang mampu menampung keperluan asasi mereka, maka tidak layak menerima zakat.

  • Tidak, kecuali jika ibu/ bapa/ penjaga tergolong dalam golongan fakir atau miskin.

  • Tidak, bantuan yang diterima hanya bersifat sementara dan tidak boleh diwarisi kecuali jika berlaku kematian suami, maka penama tersebut boleh ditukar kepada nama isteri.

  • Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seseorang pemohon yang layak adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan kadar yang ditetapkan.



Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami