• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT PERNIAGAAN

ZAKAT PERNIAGAAN

PERGERTIAN

Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Bentuk-bentuk perniagaan ialah:
• Perniagaan persendirian (tunggal)
• Perniagaan perkongsian
• Perniagaan syarikat
• Koperasi

DALIL PENSYARIATAN

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya:
“Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.” (Riwayat Abu Daud).

SYARAT-SYARAT WAJIB

Pendapatan wajib dikeluarkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
• Islam
• Harta dan perkhidmatan yang halal
• Cukup Nisab
• Cukup Haul
• Harta yang produktif (al-Nama’)
• Milik sempurna.
• Sumber harta perniagaan.
• Niat untuk diniagakan.
• Harta perniagaan tidak digunakan untuk kegunaan sendiri.


KAEDAH PENGIRAAN

Terdapat dua (2) kaedah pengiraaan Zakat Perniagaan:
• Kaedah Modal Kerja.
• Kaedah Modal Berkembang.


KAEDAH PERTAMA – MODAL KERJA

[(Aset Semasa – Tanggungan Semasa) +/- Pelarasan] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%.

KAEDAH KEDUA – MODAL BERKEMBANG

[(Ekuiti pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/- Pelarasan] x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5%.


Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami