• Mts Zakat; Sucikan Diri Bersihkan Harta

ZAKAT FITRAH

ZAKAT FITRAH

PERGERTIAN

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

DALIL PENSYARIATAN

Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud;
“Daripada Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W; telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum ke atas setiap orang yang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan Muslim.” (Riwayat Muslim).

SYARAT-SYARAT WAJIB

Orang Islam yang wajib mengeluarkan Zakat Fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi Hari Raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan masih hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Hubungi Kami

Kalu maklumat lantjut sila hubungi kami